Allah
telah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam
firmanNya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim
daripada orang yang mereka-reka perkara2 yang dusta terhadap Allah, dan
mendustakan kebenaran sebaik2 sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya.
Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat
tinggal bagi orang2 kafir?" ~ Surah az-Zumar ayat 32.
Bahayanya
Fitnah :
-Firman
Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah ayat 191 yang antara lain
tafsirnya iaitu “fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan,”
-Surah
Al-Qalam ayat 29 yang tafsirannya “Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak
bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.”
-Islam
juga menganggap fitnah merupakan satu daripada sifat mazmumah atau tercela dan
amat dilarang Allah Subhanahu Wata'ala.
-Fitnah
ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diada-adakan atau dibuat-buat
untuk memburukkan atau membinasakan seseorang.
-Islam
juga sama sekali tidak membenarkan penganiayaan, dari nyawa, tubuh badan dan
harta benda perlu dilindungi, sampailah kepada maruah dan hati nurani manusia
juga perlu dipelihara.
-Namun
sebagai umat Islam kita amat kesal, di dalam era serba moden, manusia bukan
sahaja menyebarkan fitnah menggunakan lidah atau lisan, tetapi juga melalui
kecanggihan teknologi seperti melalui 'internet', telefon bimbit, e-mel, di
laman sosial dan bermacam-macam lagi yang banyak mengakibatkan maruah seseorang
itu boleh tercemar dan terjejas dengan begitu mudah.
-Ianya
akan menyebabkan sedikit sebanyak maruah dan emosi orang yang difitnah terjejas
sehingga boleh menyebabkan orang yang difitnah termasuklah keluarga mendapat
malu, merasa rendah diri, hilang keyakinan, kemurungan dan seterusnya boleh
menyebabkan orang yang difitnah itu bertindak di luar batasan seperti bunuh
diri dan sebagainya.
-Kezaliman
dan kebodohan manusia dengan menyebarkan fitnah adalah satu penyimpangan
terhadap prinsip-prinsip Islam.
Untuk
mengelakkan fitnah, apa yang penting dalam kehidupan bermasyarakat,
=>
Kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain.
Ketika
berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah
kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat
yang kita sampaikan kepada orang lain. Bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
-Allah
Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita untuk 'tabayyun' iaitu menganalisis dan
mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Sebagaimana firman Allah
dari Surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.”
-
Sikap 'tabayyun' ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak
benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan
seseorang.
-Dengan
yang demikian sama-samalah kita berusaha menjauhi, mengelakkan diri daripada prasangka
dan terus menanamkan sikap berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam bencana
fitnah.
-Peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah
kerana bahaya fitnah bukan sahaja menyebabkan kita mendapat dosa besar dan
tidak masuk syurga, bahkan fitnah juga boleh membawa bencana kepada manusia,
bahkan juga kepada masyarakat dan negara
-Lisan
atau lidah adalah anggota tubuh manusia terpenting dan menjadi satu daripada
nikmat Allah yang wajib disyukuri.
-Gabungan
lidah, rongga mulut dan olahan nafas daripada kerongkong melahirkan perkataan
dan nada suara sebagai bahasa pertuturan ketika berkomunikasi.
-Malangnya
dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal.
Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
-Sebab
itulah, besar faedahnya sesiapa yang mampu menjaga lidahnya daripada
memperkatakan tidak baik.
-Rasulullah
bersabda bermaksud: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi
orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi
jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun
sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi
di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu
Daud).
-Tutur
kata baik boleh diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang.
-Tarikan
kepada kata-kata akan meletakkan penutur sebagai orang disenangi, disanjungi,
dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.
-Islam
amat prihatin terhadap cara bercakap agar tidak mengeluarkan kata-kata tidak
baik.
-Setiap
perkataan dikeluarkan dari mulut membabitkan hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan Allah.
-Orang
beriman menjaga setiap tutur katanya bagi mengelak perkara buruk akibatnya
seperti mengumpat, menyebar fitnah, mengeji dan berbohong.
-Rasulullah
pernah menyarankan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata
tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.
-Rasulullah
bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka
bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri.” (Hadis riwayat Muslim dan
Bukhari).
-Memang
tidak dinafikan sukar berdiam diri, terutama ketika bersama ahli keluarga,
kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong, tidak pandai
bergaul, ‘kera sumbang’ dan antisosial. Inilah sebenarnya cabaran yang terpaksa
dihadapi dan berusaha menyesuaikan diri dalam keadaan memerlukan kebijaksanaan
fikiran dan kekuatan iman.
-Nabi
pernah bersabda: “Diam itu adalah suatu hukum dan sedikitlah (orang) yang
melaksanakannya.” (Hadis riwayat Abu Mansur ad-Dailami.
-Tidak
dinafikan kadang kala perkataan diucapkan tidak melambangkan maksud sebenar
yang hendak diucapkan.
-
Adalah mulia orang yang mengaku kesalahan dan ikhlas menarik balik keterlanjuran
kata-katanya.
-Lisan
atau lidah adalah anggota tubuh manusia terpenting dan menjadi satu daripada
nikmat Allah yang wajib disyukuri.
-Gabungan
lidah, rongga mulut dan olahan nafas daripada kerongkong melahirkan perkataan
dan nada suara sebagai bahasa pertuturan ketika berkomunikasi.
-Malangnya
dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal.
Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
-Sebab
itulah, besar faedahnya sesiapa yang mampu menjaga lidahnya daripada
memperkatakan tidak baik.
-Rasulullah
bersabda bermaksud: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi
orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi
jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun
sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi
di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu
Daud).
-Tutur
kata baik boleh diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang.
-Tarikan
kepada kata-kata akan meletakkan penutur sebagai orang disenangi, disanjungi,
dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk tujuan kebaikan.
-Islam
amat prihatin terhadap cara bercakap agar tidak mengeluarkan kata-kata tidak
baik.
-Setiap
perkataan dikeluarkan dari mulut membabitkan hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan Allah. Orang beriman menjaga setiap tutur katanya bagi mengelak
perkara buruk akibatnya seperti mengumpat, menyebar fitnah, mengeji dan
berbohong. Rasulullah pernah menyarankan
sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih
baik dia mendiamkan diri.
-Rasulullah
bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka
bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri.” (Hadis riwayat Muslim dan
Bukhari). Memang tidak dinafikan sukar berdiam diri, terutama ketika bersama
ahli keluarga, kawan dan rakan setugas, takut nanti pula dikatakan sombong,
tidak pandai bergaul, ‘kera sumbang’ dan antisosial. Inilah sebenarnya cabaran
yang terpaksa dihadapi dan berusaha menyesuaikan diri dalam keadaan memerlukan
kebijaksanaan fikiran dan kekuatan iman. Nabi pernah bersabda: “Diam itu adalah
suatu hukum dan sedikitlah (orang) yang melaksanakannya.” (Hadis riwayat Abu
Mansur ad-Dailami. Tidak dinafikan kadang kala perkataan diucapkan tidak
melambangkan maksud sebenar yang hendak diucapkan. Adalah mulia orang yang
mengaku kesalahan dan ikhlas menarik balik keterlanjuran kata-katanya.
No comments:
Post a Comment