Jenayah
fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa
sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh
individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak
bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil
kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila
setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca.
Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat
tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya
menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan
sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan
masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi
sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa
disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat
dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang
kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan
dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya
seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran
fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah
disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat
pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email
memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu
bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah
sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos
yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan
maklumat.
(http://akmardeen-nadzir.blogspot.com/2012/10/makna-fitnah-dari-segi-bahasa-dan.html.
Islam
telah menggariskan peraturan yang ketat dalam menerima dan mempercayai maklumat
yang disampaikan. Peraturan yang diwujudkan adalah untuk memastikan seseorang
itu tidak terjerumus ke lembah fitnah. Apabila seseorang terperangkap dengan
fitnah, secara tidak langsung aka ada pihak lain yang terlibat dan akan
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham. Firman Allah swt
dalam surah al-Nur ayat 13 :
“Sepatutnya
mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.oleh
kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi
hukum Allah, adalah orang-orang Yang dusta.”
Penyebaran
berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada
kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras
tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh
penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika
pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair
yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia
yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang
membara.
(http://seruankhatib.blogspot.com/2012/09/fitnah-yang-menghancurkan.html)
Sabda
Rasulullah s.a.w :
الْكَبَائِرُ:
الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ، وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya
:“Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa,
membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.”
Daripada
hadis yang dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah dengan sumpah
yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut
ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan maklumat yang
disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah fitnah.
Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan mencari
kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat tersebut
disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam
digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt
dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
– sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
Kehidupan
kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa
sama ada TV, radio, akhbar dan internet. Kebanyakannya menggunakan kaedah
pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim
dianggap sebagai adil, yang rosak didakwa berguna, yang haq dihukum sebagai
batil, dan yang benar dipandang sebagai dusta. Apa yang lebih malang lagi ialah
apabila hukum Allah dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat dan tujuan
masing-masing. Akibat tidak takut dengan janji dan seksa Allah s.w.t maka
manusia yang jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun dengan bersumpah menggunakan
nama Allah s.w.t.
(http://seruankhatib.blogspot.com/2012/09/fitnah-yang-menghancurkan.html)
Imam
Ghazali, dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan
rahsia dan menyebarkan maklumat palsu tentang orang lain boleh menjejaskan
maruah individu tersebut. Perbuatan ini dianggap sebagai mengadu domba dan
fitnah. Pada zaman sekarang, kita telah didedahkan dengan pelbagai berita dari
dalam dan luar negara, berita yang berbaur politik, agama dan perkauman. Tanpa
kita sedari, hanya dengan berita yang dimuatkan di internet, kesannya amat
buruk apabila kita terus mempercayai berita tersebut.
Antara
contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah kes yang melibatkan
seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa atas tiga tuduhan
menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti
Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah seorang usahawan
wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana
didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru
tudung keluarannya.
Apabila
sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat sambutan
yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut dikaitkan dengan
individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti akan menjadi
perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu, sebagai
seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang disebarkan
sebelum mempercayainya.
Hal
ini boleh menyebabkan wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa
fitnah tersebut. Dengan ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan
cercaan dan pandangan serong terhadapnya malah reputasi dan kredibilitinya juga
akan dipertikai. Antara impak fitnah bagi pasangan suami isteri ialah
tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian akibat
cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah juga boleh
menjejaskan periuk nasi mangsa fitnah dan pekerjaan atau sumber rezeki individu
berkenaan.
Firman
Allah swt dalam surah al-a’raf, ayat 123
“Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman
kepadanya sebelum Aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah
perbuatan tipu daya Yang kamu lakukan Dalam bandar ini kerana kamu hendak
mengeluarkan penduduknya dari padanya.oleh itu, kamu akan mengetahui
(akibatya).
Berdasarkan
ayat di atas, ia memberi gambaran bahawa umat Musa dan Harun pada ketika itu
tidak boleh menerima apa-apa agama sekalipun tanpa meminta izin daripada
Firaun. Apabila ada yang melanggarnya, mereka akan menerima seksaan dan hukuman
daripada Firaun. Jelas sekali pada zaman Firaun, kekufuran kepada Allah s.w.t
menjadi matlamat dalam kehidupan Firaun. Tidak hairanlah al-Quran menyebut
bahawa fitnah itu lebih kejam daripada membunuh. Sebahagian ulama menafsirkan
fitnah adalah kufur.
Jelas
di sini bahawa jenayah fitnah ini bukanlah satu jenayah yang baharu. Walau
bagaimanapun fitnah ini wujud sejak zaman dahulu lagi. Sifat rakus manusia
untuk menjatuhkan individu lain telah mendorong mereka untuk menyebarkan fitnah
dan berita palsu. Sifat seperti ini juga akan menjatuhkan maruah seseorang.
Sungguh pun berita yang disebarkan itu benar, namun sekiranya ia boleh
menjatuhkan maruah dan membuka aib seseorang, ianya tetap dilarang oleh agama Islam.
Tanpa
iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan
rasa sedih dan murung yang melampau hingga melarikan diri atau menyepikan diri
daripada masyarakat. Dalam keadaan yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami
agorafobia. Agora fobia merupakan ketakutan berada dalam situasi dengan keadaan
tidak berdaya atau dihina terutama selama mengalami kepanikan (Ramaiah, 2003).
No comments:
Post a Comment