APAKAH YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN GHIBAH DAN BUHTAN
-Ghibah
maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar.
-Buhtan
maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang.
-Orang
yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia
mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan
cerita itu.
-Ghibah
bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan,
celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan.
-Mendengar
ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama
dengan ghibah.
-Pahala
amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang
menjadi sasaran ghibahnya.
-Islam
mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah,
rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu
yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka
jahanam sejauh antara timur dan barat." ~ Riwayat Muslim
APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI
FITNAH?
-Perkataan
"fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan,
bencana, cubaan dan penyesatan.
-Fitnah
sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk
membinasakan seseorang.
Al-Quran
dalam surah al-Hujarat ayat 12 jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai
orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang
lain.
No comments:
Post a Comment